Wednesday, November 20, 2013

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Perlis









Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Perlis


 PENGENALAN►

Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis memainkan peranan penting dalam melaksanakan program latihan perguruan di samping membantu mempertingkatkan mutu pendidikan. Pusat Sumber ini juga mempunyai Pangkalan Data MyLib yang merupakan perkhidmatan percuma yang diberikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Perkhidmatan OUM Digital Library juga merupakan satu kemudahan yang mampu diguna pakai oleh semua warga IPG. Pengguna kini hanya boleh mengakses WEB OPAC di Pusat Sumber sahaja tetapi perancangan jangka masa panjang akan memungkinkan pengguna melaksanakan proses pencarian, tempahan dan melanjutkan tempoh pinjaman melalui laman web. 
 VISI► Pusat Sumber peneraju kecemerlangan ilmu.

 MISI► Menjadi penggerak utama dalam melahirkan guru yang kompeten seiring pembangunan pendidikan.

 FUNGSI

1. Mengurus Pusat Sumber dengan cekap, telus dan berintegriti.
2. Menyediakan program khidmat nasihat serta perundingan bagi hal-hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber.
3. Menyediakan khidmat pembaca dengan memberikan kemahiran maklumat mencari bahan.
4. Membantu menyokong Pembelajaran dan Pengajaran untuk menjana guru-guru yang berilmu dan berprestasi tinggi.

 OBJEKTIF
1. Membantu pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum perguruan di institut sejajar dengan keperluan semasa.
2. Membangunkan koleksi bahan-bahan yang memenuhi keperluan pengguna.
3. Menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai sumber kepada pensyarah dan peserta kursus bagi mencapai objektif pendidikan keguruan.
4. Membantu melicinkan proses dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran pelajar.
5. Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca dalam kalangan pengguna.
6. Menyediakan khidmat pembaca dengan memberikan kemahiran maklumat mencari bahan dengan cepat dan tepat.
7. Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet, rujukan, pinjaman, nasihat pembaca, reporgrafi, ruangan perbincangan, bilik tayang, pengajaran mikro dan pinjaman peralatan.
8. Membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang pendidikan.